My Follower

Rabu, 22 Mei 2019

WARKAH SERAM DARI LEMBAGA

Sape kat sini pernah terima surat atau notis dari Lembaga? Kalau setakat notis maklumkan bahawa no.cukai pendapatan korang telah didaftarkan, itu biasa jer.


Cuba korang bayangkan kalau notis tadi maklumkan yang korang kena serahkan dokumen penyata kewangan, penyata bank, dan lejar bagi tempoh 5 tahun, dari 2013 - 2017. Korang kena serah dalam tempoh 14 hari.

Tahu tak itu notis apa? Itulah notis audit! Yer betul, itu notis audit! Kalau dah pernah terima tentu tahu apa rasanya. Tapi kalau belum... jangan risau, giliran korang akan sampai juga nanti. Haha...

Ramai yang akan panik bila dapat notis begini. Sebahagiannya bila tengok jer abg posmen bagi sampul surat dari Lembaga, tangan pun terketar-ketar, kaki pun tiba-tiba rasa berat dan dada terasa sesak.

Kadang-kadang tu korang risau bukan sebab korang lari cukai tapi sebab korang bayangkan bala dan dugaan yang bakal dihadapi. Itupun korang dengar dari orang lain. Entah2 orang tu dia memang tak declare pun cukai, sebab tu dia takut sangat.

Kalau dah dapat, apa yang nak dibuat yer? Nak rujuk pada sapa? Ketua Kampung, Tok Penghulu, Tok Batin atau tanya jer terus pada Lembaga?

Pertama sekali, dinasihatkan korang ikut petua dan strategi ni:

  • Jangan Panik
  • Jangan Panik, kan dah cakap
  • Bila dah tenang, korang baca elok-elok, sediakan satu-satu dokumen yang depa nak
  • Bila semua dah ada, semak dulu sebelum serahkan kepada pihak berkuasa.
  • Nampak mudah, tapi siapa yang pernah mengadap hal macam ni sahaja yang faham betapa ia cukup mencabar. Moga korang lebih bersedia selepas ni.



Tiada ulasan: