Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman kini. Ada kalanya ia hadir tanpa sebarang amaran, namun meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap penghidapnya dari segi fizikal dan emosi. Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang, seawal usia masih bayi sehinggalah mereka yang sudah lanjut umurnya.
Statistik kanser yang direkodkan saban tahun menunjukkan peningkatan angka yang amat membimbangkan. Justeru, buku ini ditulis khas bagi merungkai permasalahan kanser serta memberi pencerahan kepada para penghidap dan penjaga pesakit kanser, yang mahu memahami penyakit ini dengan lebih mendalam.
Buku ini juga memuatkan cerita cerita sebenar para pesakit kanser yang telah menjalani rawatan secara moden, mahupun pengamalan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai ikhtiar dalam mengubati kanser. Mereka turut berkongsi pelbagai panduan dan tip dalam menghadapi penyakit ini, yang dapat dijadikan panduan dan diambil ikhtiar dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan