My Follower

Isnin, 22 Julai 2019

Bagaimana Nak Mudah Close Sale?

Kalau anda rasa dah terer close sale, boleh skip tips ini. Hari nie saya nak kongsikan 4 faktor


Produk

Pemilihan produk banyak mainkan peranan. Selalunya, Produk A tak sama 100% cara closing dengan Produk B. Ada produk yang senang jual, laju je. Tapi ada jugak yang sales macam siput sedut.

Kena buat kajian sikit. Kenali faktor-faktor yang buatkan produk tu senang terjual. Produk yang lembab pun kena kaji jugak ya.

Audiens

Ni pun penting, pilihlah audiens yang betul. Cari dan kenalpasti pelanggan ideal anda, jangan terlalu umum.

Copywriting Iklan

Penulisan copywriting juga kena betul. Penjelasan ok, tawaran pun jelas. Lebih mudah prospek buat keputusan.

Triknya adalah dengan menulis kepada seorang pelanggan ideal anda, bukan tulis untuk semua.

Offer anda kena buatkan prospek yang mencari solusi itu bertindak dan respon.

Skrip

Sebenarnya anda tak perlukan skrip pun, cuma anda kena tahu apa yang nak ditulis/cakap dan bagaimana nak handle objection dari mereka.

Skrip yang ada emosi dan human touch lebih senang closing.


Itu saja 4 tips untuk hari ni






Tiada ulasan: