My Follower

Isnin, 22 Julai 2019

Mengapa anda gagal dalam closing?

Jawapan ringkas saya, anda tiada preparation untuk buat close sale! Anda tak ada skrip close sale dan anda tak ada flow close sale yang betul.


1) Anda tak ada skrip close sale.

Skrip close sale ini bukannya ayat power pujuk rayu prospek, untuk beli produk anda. Ia adalah ayat yang dirancang untuk memberikan info apa yang prospek mahu dengar.

Bila mereka berpuas hati, baru mereka yakin, bersedia dan tak sabar-sabar untuk mendapatkan produk anda.

Kita dengar masalah mereka & kita bantu selesaikan masalah mereka.

Anda perlu lakukan 3 langkah persediaan penting, sebelum siapkan skrip close sale anda. Secara ringkasnya persediaan tersebut adalah :

  • Profiling produk 
  • Testimoni 
  • FAQ – Frequently Ask Question 

2) Anda tak ada flow dalam close sale.

Jika anda tak ada flow dalam skrip close sale anda, anda telah rugi masa & wang iklan, bila prospek yang telah whatsapp anda akan pergi begitu sahaja. Kalau anda tidak jelas dengan flow close sale anda sendiri, anda pula akan melakukan banyak kesilapan seperti:

  • Terlalu cepat memberi tahu harga 
  • Terlalu lambat untuk buat closing 
  • Atau lakukan closing pada timing yang salah 

Ini adalah 7 langkah flow close sale yang boleh anda follow : 

  • Berkenalan + poster 
  • Manfaat produk 1 & 2 + poster 
  • Bertanya & selesaikan masalah 
  • Bertanya lagi 
  • Testimoni yang berkaitan + Tawaran 
  • Up-selling 
  • Cara pembayaran + poster 

Fahami strategie di sebalik flow close sale ini supaya ia betul-betul melekat dalam minda anda.

Biar prospek masuk dalam flow close sale anda step by step. Anda boleh kawal situasi ketika proses close sale. Anda juga tahu bila masa yang sesuai untuk lakukan closing.




Tiada ulasan: