My Follower

Ahad, 21 Julai 2019

WANTAN MEE





Bahan Sup
Isi Ayam bahagian dada 1 ketul
Fish ball (apa2 pun boleh)
Minyak bawang putih 1sb
Kiub pati Ayam 2 ketul
Minyak bijan 2sb
Minyak zaitun 2sb
Air 5 cawan
Bawang putih 10 biji
Gula perang 1sb
Garam secukup rasa

Cara Menyediaakan
  1. Kita buat minyak bawang putih dulu, ambik 10 biji bawang putih..cincang2 tak halus tak kasar..Panaskan minyak 4sb kemudian Goreng bawang sampai kekuningan..pastu angkat dgn minyak2 sekali letak dlm mangkuk.
  2. Kuali goreng bawang tadi taruk air..pastu pindahkan ke periuk..Taruk Ayam, kiub, Rebus ayam sampai lembut..Pastu taruk minyak bijan, minyak zaitun, gula garam dan fish ball...
  3. Akhir sekali taruk minyak bawang putih dalam 1sb...keluarkan isi ayam..sejukkan, pastu siat2...

Bahan Mee

Wantan Mee
Kicap pekat manis ABC 1sb
Soya sause Yeo's 1sb
Minyak bijan 1sb

Caranya
  1. Siat2 dulu wantan mee..pastu masak air hingga mendidih..taruk wantan mee..rebus dalam 2 minit..agak2 lembut terus angkat..pastu cuci je dengan Air paip..kalau rajin rendam dalam ais batu yg ada air.. tujuan supaya tak melekat masa panas.
  2. Campurkan kicap ABC, soya sause minyak bijan..kacau2..taruk wantan me.. Gaul2 sebati..taruk atas pinggan..
  3. Taburkan daun bawang, minyak bawang putih, Taruk isi Ayam, Sawi...lada jeruk..cendawan kering..atau apa saja ikut suka..sedia dimakan bersama dengan sup tadi...
  4. Siap







Tiada ulasan: