My Follower

Ahad, 27 Oktober 2019

5 sebab anda perlu gunakan content marketing supaya bisnes bertahan lama.

Adakah marketing ini setakat buat iklan di akhbar, television, radio, fb ads?


Sebenarnya, dengan perubahan lifestyle dan gaya hidup menyeluruh seluruh dunia, marketing dah semakin meluas. Salah satu yang terkini ialah ‘content marketing’. Sebenarnya, ramai orang buat content marketing ini. Namun ianya sama ada dibuat dengan cara yang betul atau tidak. Ada juga yang masih tidak tahu apa sebenarnya content marketing.

Content marketing adalah strategi pemasaran dimana kita merencanakan, membuat, dan mendistribusikan konten yang mampu menarik audiens yang tepat sasaran, kemudian mendorong mereka menjadi pelanggan. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, content marketing ialah, satu jenis cara pemasaran secara online yang melibatkan penghasilan dan perkongsian tulisan, video, ilmu di media sosial dan blog yang tidak secara terang-terangan mahu menjual, tapi lebih kepada membina ‘engagement’ dan membina minat orang ramai kepada produk atau perniagaan anda.

Berikut merupakan 5 sebab kenapa anda perlu gunakan content marketing.

#1 Menguatkan Branding Bisnes

Dengan adanya content marketing yang berkualiti, ini akan membantu anda dalam mempromosikan bisnes anda secara memaksimum. Hal ini akan membantu untuk menarik lebih ramai pelanggan dan membuat mereka mengingat dengan baik apa yang anda promosikan pada mereka. Jika ianya dilakukan secara konsisten, pelanggan juga akan lebih mudah mengingat dan mengenal brand anda berbanding dengan brand yang lain.

Semakin banyak content yang anda hasilkan, semakin besar kemungkinan pelanggan akan melakukan pembelian. Ini kerana mereka akan semakin kenal dengan brand anda. Ini juga akan menarik lebih ramai pelanggan baru.

#2 Meningkatkan Prestasi Jualan

Dalam menjalankan bisnes secara online, anda tentu sahaja perlu merancang strategi dalam meningkatkan angka jualan anda. Dengan adanya content marketing yang padat dengan info, ini akan menjawab segala maklumat yang pelanggan ingin tahu dan ini akhirnya membuatkan mereka melakukan pembelian di website anda.

#3 Meningkatkan TRUST Pada Company

Selain itu, content marketing yang power juga penting untuk meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap sesebuah syarikat. Untuk membina bisnes secara jangka masa yang panjang, anda perlu buktikan kepakaran dalam bisnes yg anda ceburi. Apabila anda selalu berkongsi content tentang bisnes anda, secara tidak langsung akan mewujudkan trust prospek kepada anda. Oleh itu tunjukkan kepakaran anda dalam bisnes yang anda ceburi.

#4 Reach & Like Di Post Lebih Tinggi

Apabila anda selalu share content yang bermanfaat dan releven dengan bisnes anda, secara tidak langsung, anda akan dapat menarik pengikut baru kerana reach di page dan like di post anda yang lebih tinggi. Selain tu, anda akan punyai peminat(fans) anda yg tersendiri dan akan sentiasa mengikuti perkembangan dan aktiviti bisnes anda. Dengan cara ini, lebih mudah untuk close apabila anda buat sales jika anda mempunyai follower yang ramai.

#5 Nampak Anda Serius Dalam Bisnes

Dengan menghasilkan content marketing yang matang, ini juga akan menunjukkan bahawa anda betul-betul serius dalam bisnes anda. Bukan hanya setakat copy dan paste hasil orang lain tetapi dengan menghasilkan idea-idea baru yang akan mengviralkan lagi page anda. Dengan mudah anda akan dapat menambah lebih ramai orang untuk tertarik dengan jualan anda.

#6 Re-Marketing Audience

Disamping itu, content marketing ini penting untuk mengviralkan fanpage anda. Selain tu, dengan menggunakan mana-mana content yang viral dan mempunyai capaian reach yang tinggi untuk re-marketing atau re-targeting bila anda buat ads. Ianya bukan sahaja menjimatkan tapi lebih targetted.

Kesimpulannya, ini lah antara sebab-sebab content marketing diperlukan dalam bisnes anda lebih-lebih lagi jika anda mahukan bisnes yang bertahan jangka masa panjang. Oleh itu, content marketing hendaklah dibuat dengan betul supaya mendapat impak yang positif dalam bisnes anda.

Semoga bermanfaat untuk semua...







Tiada ulasan: