Saya just nak share di sini coretan sifu besar Irfan Khairi di dalam blog beliau baru-baru ini..
Panjang sikit la, semoga menjadi inspirasi kepada kita semua.
"Adakah 9 tahun lalu saya tahu perniagaan saya akan berkembang ke tahap kini? Dan berpindah ke pusat latihan yang lebih high end?
Adakah saya tahu perniagaan online yang saya mulakan 20 tahun lalu dapat berjaya hingga hari ini?
Adakah saya tahu 3 tahun lalu apabila memulakan perniagaan di Dubai, perniagaan di Dubai juga berkembang maju?
Jawapannya… TIDAK.
Saya TIDAK TAHU semua ini akan terjadi. Rezeki perniagaan yang tidak diduga dari Allah SWT.
Bagaimana saya hendak tahu? Bukannya kita boleh baca masa hadapan kita kan?
Hari ini apabila turunnya signboad IKSB dari pusat latihan saya di Mutiara Damansara teringat saya ketika hari signboard itu dinaikkan 9 tahun yang lalu.
Saya tidak tahu perniagaan saya akan berkembang sehingga hari ini sehingga ke global.
Syukur Alhamdulillah.
Tetapi, sering saya dengar keluhan orang ramai. Lebih-lebih lagi mereka yang baru nak mulakan perniagaan..
“IK, apakah guarantee/jaminan perniagaan saya akan berjaya?”
Bagaimana saya nak jawab?
Diri saya sendiri pun saya tak tahu perniagaan saya akan berjaya atau tidak. Rezeki Allah SWT, kita tak tahu.
Tetapi, saya terfikir juga. WHAT IF, 3 tahun lalu saya tak berani mulakan perniagaan di Dubai?
WHAT IF, 9 tahun lalu saya takut untuk mulakan IKSB di Mutiara Damansara. WHAT IF…. 20 tahun lalu saya tidak mulakan perniagaan online?
Jawapannya, SAYA TAK TAHU JUGA.
Dan inilah nikmatnya apabila kita berusaha dan berserah kepada rezeki Allah SWT. Kita yakin dengan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita. Walaupun kita tidak tahu apakah yang kita akan dapat.
Dalam saya tak tahu berjaya atau gagal dalam perniagaan, dan perjalanan saya itu, saya rasa nikmatnya kerana berserah dengan penuh kesyukuran apa yang saya capai dan rezeki yang bakal dianugerahkan pada saya.
Tutup IKSB Mutiara Damansara, dan berpindah ke tempat baru adalah satu lagi rezeki yang saya dapat kongsikan bersama team saya dan juga pelajar2 saya.
Dalam kejayaan, kita tidak akan tahu rezeki yang akan datang. Ianya tiada guarantee atau jaminan.
Yang penting sentiasa berdoa, kuat berusaha setiap masa, ikhtiar sebaik yang mungkin untuk mencapai matlamat dan bertawakal rezeki yang InshaAllah akan datang pada kita juga."
-Irfan Khairi
Dubai, UAE
***************
Jika anda sudah baca buku terbaru beliau, pastinya anda tahu bagaimana strategi beliau kembangkan IKSB sehingga hari ini dengan modal yang minima.
Dengan bermula dengan hanya 1 unit shoplot, kemudian setahun kemudian tambah unit yang ke dua… ketiga dan akhirnya 4 unit.
Kalau anda belum dapatkan buku biografi perniagaan beliau yang menceritakan kisah dan strategi saya sejak 20 tahun lalu, dapatkannya SEKARANG => DI SINI
Saya pasti korang akan teruja dan terinspirasi apabila membacanya.
Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan