Tahniah kepada Guru saya, sifu IK Irfan Khairi yang diberikan kemurahan rezeki untuk berpindah ke ofis baru di Dubai dan Damansara.
Ilmu yang diajar dan paling terkesan kepada saya ialah rahsia untuk menguasai SEO secara mudah. Walaupun terdapat lebih daripada 200 faktor SEO, tetapi IK berjaya mengenalpasti beberapa faktor dominan yang mampu meletakkan page kita di 1st Page Google dengan melakukan beberapa faktor/perkara tersebut.
Saya kongsikan di bawah coretan, perkongsian serta tips-tips perniagaan daripada beliau:
Sejak beberapa hari ini, ramai yang mengucapkan tahniah pada saya atas "upgrade" pejabat baru dan training center baru, IKSB Signature yang eksklusif. Ada ala2 design "hipster" lah dikatakan!
Special shout-out kepada pelajar-pelajar saya yang datang merasmikan IKSB Signature pada malam Jumaat di majlis Doa selamat dan bacaan Yasin!
Sejak 20 tahun lalu, syukur Alhamdulillah dilimpahi rezeki dalam bidang perniagaan, bermula sebagai seorang SOLOpreneur, hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan laptop seorang diri dari rumah. Sehingga kini GLOBALpreneur mempunyai perniagaan di Malaysia dan juga di Dubai, UAE.
Suka saya ingin kongsikan dan juga beringatkan pada diri saya sendiri 3 cara mudah menambahkan rezeki di sini. Bunyinya agak mudah... tetapi ada kalanya kita terlupa. Dan ini yang sering saya amalkan dari dulu hingga kini...
1. Sering SENYUM!
Ya, seperti dalam gambar, InshaAllah muka saya tak lekang dek senyuman. Lebih-lebih lagi apabila bersama orang. Ramai yang menonton video-video yang saya hasilkan, sering memberi komen.
IK ni selalu happy sahaja! Selalu tersenyum sahaja! Tak pernah down ke???
Saya ni manusia juga, memang ada ketika down. Memang ada ketika sedih. Ada masa rasa geram. Cuma rasa marah saya cuba jauhkan. Tetapi, bila terasa down atau sedih, tidak lah senyum sahaja. Mestilah kita pun sedih kan.
Cuma maksud saya, apabila bersama orang lain, sering berikan senyuman. Jika berniaga, apabila menjual, murahkan dengan senyuman. Apabila melakukan business networking, banyak bersenyum. InsyaAllah, ia akan menarik lebih banyak rezeki pada anda sama ada rezeki perniagaan, dan juga rezeki hubungan sesama manusia.
Bila kita sentiasa senyum dan ceria sahaja, kita akan lupakan segala yang sedih dan membuatkan kita down. Inilah penarik rezeki!
2. Sentiasa BERSYUKUR!
Sentiasa bersyukur. Bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah kerana masih bernafas, sebelum tidur ucapkan Alhamdulillah oleh kerana hari anda telah dilalui dengan penuh makna. Kalau hari anda tak best pun, perlu bersyukur juga oleh kerana pastinya ada orang lain yang dalam keadaan yang lebih tak best dari anda!
Bersyukur adalah penarik rezeki. Cuma adakalanya apabila kita mendapat sesuatu dan menerima sesuatu sahaja kita beringat untuk bersyukur. Tetapi apabila kita diambil sesuatu, kira tidak bersyukur, malah merasa down pula.
Seorang usahawan yang jatuh gagal, pastinya perasaan bersyukur itu tidak ada dalam hati. Tetapi untuk mendapat lebih rezeki, jadikan kegagalan itu sebagai peluang untuk bersyukur kerana anda ia adalah peluang mempelajari sesuatu dari kegagalan tersebut.
Dan satu lagi...
3. Sentiasa MEMBERI!
Lebih banyak kita memberi, maka lebih banyak rezeki yang kita akan dapat. Fikirkan hidup kita adalah "abundance". Memang pelbagai yang boleh diberikan, bukan sahaja pada harta, tetapi apa sahaja yang boleh diberikan seperti berikan senyuman, berikan sokongan, berikan bantuan dan sebagainya.
Sumber
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan