My Follower

Selasa, 15 Oktober 2019

Penyelesaian Segala Masalah Hidup

Ketika kita ada dilanda masalah (menurut fikiran kita, sesuatu yang menimpa itu masalah), kita datang ke Allah. Ternyata sekali ketika kita berdoa, jiwa lebih terasa sempit dan akhirnya menangis. Menangisnya kita kerana masalah yang menimpa.


Ini adalah sering terjadi pada kita. betul kan.?

Apakah yang menyebabkan semakin berdoa, semakin jiwa berasa lebih sempit?

Kita memohon kepada Allah agar masalah kita dapat diselesaikan. Kita mohon agar diberikan jalan agar masalah kita dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Harapan ini menyebabkan jiwa kita semakin terhimpit.

Kita memohon segala aturan, takdir dan qada' kita ditentukan dengan cara kita. Akhirnya jiwa kita semakin parah Bagaimanakah cara nak menyelesaikannya?

Fahamilah bahawa masalah yang sebenarnya adalah bukan masalah yang kita hadapi itu. Bukan masalah yang kita harapkan ia selesai itu.

Masalah UTAMA kita adalah TIDAK MAMPU MENERIMA KEHENDAK ALLAH.

Itu sahaja sebenarnya

Yang harus didoakan adalah memohon agar diperkuatkan jiwa untuk mampu menerima kehendak Allah. Mampu menerima apa yang telah terjadi.

Ketika jiwa ini tidak mampu menerima kehendak Allah, Allah makin sempitkan jiwa kita. Semakin degil, semakin dihimpit dan terus dihimpit hingga akhirnya kita penat dan letih. Ketika penat dan letih, di sinilah hati akan berkata.... "lantaklah.... biarlah.... sudahlah.... ect".

Inilah tanda jiwa sudah menyerahkan semuanya pada Allah.

Ia kelihatan seperti putus asa, namun me'lantak'lah itu lah permulaan untuk jiwa bangun semula. PERSOALANNYA.? 

Adakah kita ingin hingga benar-benar rasa terhimpit dan kemudian baru ingin berserah? Bukankah jika awal-awal lagi berserah lebih membahagiakan. Tidaklah jiwa terhimpit menahan sakit yang pasti memakan masa berhari- hari malah bertahun Lalu ketika ada masalah,

PERTAMA KENA LAKUKAN adalah datang ke Allah dan MEMOHON MAAF kepada Allah kerana jiwa tidak mampu menerima.

"ya Allah, hambaMu memohon maaf ya Allah kerana tidak mampu menerima kehendakMu ya Allah.

Ya Allah maafkan hambaMu ini ya Allah kerana tidak mampu menerima takdirMu ya Allah. Ya Allah........ maafkan hambaMu ini ya Allah..... maafkan ye ya Allah... maafkan..."

KEDUA mohonlah agar jiwa diperkuatkan oleh Allah untuk menerima kehendakNya kerana yang mampu menguatkan jiwa HANYA ALLAH SWT.


"Ya Allah hambaMu mohon ya Allah agar jiwa ini dikuatkan ya Allah. HambaMu mohon ya Allah agar jiwa ini mampu menerima kehendakMu ya Allah. Ya Allah aku terima kehendakMu ya Allah. Aku terima ya Allah.... aku terima. Aku redha ya Allah.... aku pasrah ya Allah.... aku pasrah... Allahuakbar.... Subhanallah... Alhamdulillah..... ya Allah..... "

Semoga bermanfaat untuk semua.

Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang.

Jom sama2 saya dalam group vip RMR untuk belajar Magnet Rezeki Cara Allah. Klik je link ni ye e-Rezeki.my

KHAS BUAT ANDA PEMBACA ARTIKEL... Anda tak perlu buat promosi sorang-sorang. Untuk yang belum tahu, kami ada buka peluang untuk kita tambah jumlah simpanan sambil berkongsi rezeki dengan ramai orang.

Kami ada buka program affiliates di bawah projek E-Rezeki. (Komisyen setinggi RM76) Pendaftaran pun FREE saja.

Anda hanya perlu ikut arahan dan buat saja. Semua affiliates dan HQ akan buat promosi serentak bersama.

Dengan cara ini kami dapat percepatkan anda sebagai affiliates untuk dapat pendapatan. Daftar di sini sekarang: e-rezeki.my

"Ya Allah, jika apa yang aku jual ini dapat memberi manfaat kepada pelanggan ini, engkau bukakanlah hatinya untuk membeli denganku.”

Tetapi jika tidak ya Allah, redhakan lah aku dan Engkau datangkanlah mereka yang lain yang memerlukan manfaat dari apa yang aku jual ini ya Allah"

Teringat ada seseorang share dengan saya doa ini, dan saya amalkan tiap kali nak close sale.

Alhamdulillah rasa lapang dada dan redha kalau ada customer tak jadi beli.

Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah dan berubah hidup dan kewangan kita dengan mengamalkan RMR.

Nak berubah hidup, mulai dengan berusaha bangun untuk solat tahajud, bentang marketing plan pada Allah waktu tahajud. Cerita pada Allah impian nak apa, bermanja dan berminta-minta dengan Allah, seperti anak kecil waktu tahajud. Tak tahu nak solat tahajud? Atau tak nak perbaiki cara solat tahajud? Jemput dapatkan panduan solat tahajud disini. Saya sediakan percuma download terus & boleh amal terus : e-rezeki.my/ebook_percuma
Jom kita sama sama klik link ini

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN SEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL ANDA SUPAYA LEBIH RAMAI LAGI MENDAPAT MANFAAT.


Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki? Klik link ini dan download di laman e-rezeki.my/kombo







Tiada ulasan: