My Follower

Selasa, 29 Oktober 2019

ILMU ILMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Sahaja Saya Berkongsi Ilmu Pagi Ini kerana Allah Taala

Begini, Asas dalam pendidikan ialah merujuk kepada Ayat Al quran yang pertama sekali diturunkan Tuhan iaitu Iqra...Atau maksudnya ialah "BACALAH" dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.

Baiklah Apa yang sebenarnya Allah maksudkan dari ayat ini..?? Sebenarnya ada dua tuntutan daripada ayat ini.

PERTAMA :

Bacalah..!! Di sini Tuhan menyuruh kita membaca. Dalam erti kata lain, Tuhan hantar mesej kepada kita agar kita menuntut ilmu dari sudut ilmu syariatnya. Dari sudut ilmu hakikatnya adalah KENAL..Sebab perkataan bacalah itu juga membawa maksud tuntutlah ilmu. Juga membawa maksud persiapkanlah akalmu untuk menerima ilmu.

KEDUA :

Tuhan sambung lagi di sini, dengan nama Tuhanmu...Tuhan tidak hentikan setakat bacalah..Tetapi Tuhan sambung lagi menjadikan ia bacalah dengan nama Tuhanmu...Apa sebenarnya kehendak Tuhan di sini..?? Kita sering persoalkan apa yang kita nak, apa kehendak kita. Tapi pernah tak dalam hidup kita ini, kita soal diri kita sendiri, Apa sebenarnya Kehendak Allah ke atas diri kita ini..??

Di sini Tuhan memberitahu kita agar menuntut ilmu tetapi dalam menuntut ilmu, Tuhan tidak boleh diketepikan. Tuhan tidak boleh dipinggirkan. kena terhubung dengan Tuhan dalam proses kita menuntut ilmu. Usah dipisahkan Agama dengan Kehidupan..Usah dipisahkan Tuhan dengan Ilmu itu sendiri.

Kesimpulan dari ayat ini adalah Tuhan mengajar kita erti pendidikan. Dalam proses kita menuntut ilmu dan mendidik diri dan keluarga walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kenalah kita mempersiapkan akal kita untuk menerima ilmu dan hubungkan ia dengan Tuhan. Justeru apa yang kita faham dari ayat ini adalah 4 PERKARA berikut :-

  1. APA..?? Apa yang kita hendak isikan akal kita..Dengan Ilmu apa..?? Bila dikaitkan dengan ilmu, kenalah belajar ilmu mengenal Tuhan terlebih dahulu. Awaluddin Maakrifatullah atau awal awal hidup itu beragama itu Mengenal Allah..Kalau kita tak mahu mengenal Allah, sombong rasakan diri sudah cukup ilmu dan sudah ahli syurga, maka ada agama tak kita ini..?? Kalau tak Ada Agama, jadi kita ini dengan bangganya nak dipanggil apa..?? Apa Yang dahulu, perlu didahulukan. Ilmu Fardhu Ain, Fardhu Kifayah seterusnya yang sunat. Ilmu dunia juga tidak boleh diketepikan tetapi kena tahulah prioriti. Kena pastikanlah ilmu ini dikaitkan dengan Tuhan. Kita ambil contoh, baginda Rasulullah SAW sendiri, 40 Tahun sebelum turunnya Surah Iqra ini, sebelum turunnya Ilmu Fekah, Rukun Islam dan Rukun Iman, baginda mendidik insan dengan Ilmu Tauhid..Sebab itulah di tribe ini, kalian kena faham kenapa sifu DAHULUKAN ILMU AWALUDDIN MAAKRIFATULLAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM KITA BELAJAR METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL-QURAN kan..kalau kalian nak LEFT, itu bahagian dan pilihan masing masing atas muka bumi Allah ini. Sifu sendiri pun tak tahu habis kalam menulis di tribe ini, sifu hidup lagi atau tak...BIla kesedaran tentang mati ini ada, maka dalam setiap saat kita tahu nak letak priority di mana kita tentang ilmu ini.
  2. SIAPA..?? Siapa yang mengajar. Bila dikaitkan dengan Tuhan, tidak boleh sembarangan orang mengajar kita dengan ilmu. Guru kenalah jadi Role Modelnya. Guru kenalah lebih baik dari murid sebab guru itu adalah contoh kepada anak murid. Walau belajar agama sekalipun, tetapi kalau guru itu sendiri tidak mengamalkan ilmunya, maka ilmunya tidak berkat dan tidak memberi bekas kepada peribadi anak didiknya. Sebenar benarnya guru atau mursyid kita adalah Tuhan itu sendiri, lihat sahaja bagaimana anak di bawah umur 5 tahun, bagaimana depa membesar..?? bagaimana depa belajar..?? Rujuk Surah Al Alaq ayat 4 & 5 (Yang Mengajar Manusia dengan Pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya). Atas dalil inilah kalau kalian perasan selalu sifu ulang ulang perkataan ini, Yang Mengajar itu DIA, saya ini asbab sahaja. Tidak salah nak berguru hidup dengan sesiapa pun selagi berpijak kaki atas muka bumi Allah ini, tetapi janganlah sampai BERTUHANKAN GURU itu yang menjadi Agen perubahan dalam kehidupan kita tak kiralah sama ada ilmu kenal diri ka, ilmu business ka dsb, tahkid dalam hati melebihi Tuhan itu sendiri. Saya selalu ulang ulang dalam setiap sharing saya kalau kalian perasan, Saya ini hanya sarung bernyawa sahaja asbab sahaja sampaikan Ilmu. Tiada Daya Tiada Kuasa melainkan dengan izin dan kehendak Allah. Tiada Daya Tiada Kuasa.
  3. BAGAIMANA..?? Cara mana kita belajar kenalah ikut syariat. Ikut kaedah Islam. Tak boleh ikut dan agung agungkan kaedah sekular. Ada juga sesetengah orang belajar agama, tetapi method atau sistem belajar ikut sekular. Jadi kita kena pastikanlah sistem belajar kita menepati KPI dan SOP Tuhan
  4. UNTUK APA..??? Niat kena betul. Tak boleh kita sendiri atau anak kita belajar dikeranakan dunia semata mata. Sebab nak makan gaji bila besar, atau tujuan jawatan, nak glamour, untuk dapatkan nama dan pujian dan sebagainya. Tetapi niat kena dibetulkan supaya belajar kerana Tuhan, untuk cari keredhaan Tuhan dan memperjuangkan agama Tuhan.
kita ikrar dalam doa iftitah, SOLATKU, HIDUPKU, MATIKU HANYA KERANA ALLAH TAALA..bila HANYA mana mungkin ada sebab yang lebih bagus dari itu. Kita Niat dalam solat pun KERANA ALLAH TAALA..

Masih belum terlewat untuk kita mulakan 2019 nie dengan resetting balik diri, bermula dengan NIAT..setiap sesuatu amal itu bermula dengan niat.

Ramai yang beriman masih tidak tahu beza Niat? Doa? Harapan? Mustajab? Waktu Damai Permintaan? Zon Permintaan? Waktu dan landasan yang betul.

Hidup ini adalah gelombang dari hatinya kemudian ke akal seterusnya tindakan anggota tubuh badannya. Tiada daya Upaya melainkan dengan Izin Allah Taala.

Niat adalah kata yang terlintas bermula di hati. Bila sebut "Sahaja aku" automatik ianya datang dari hati. Minda tidak terkait walaupun satu marhum maksudnya. Dalam kebaikkan ibadah semuanya bermula dengan niat.

Doa adalah "niat+permintaan". Ianya datang zahir tuan badan. Masalah dalam dunia tidak akan sama atas diri masing masing. Ada orang nak kaya, ada nak ilmu, ada nak anak pinak, ada nak pangkat dan harta, dan permintaan sebaiknya adalah semua amalan dan ilmu betul ke jalan Rasulullah saw, husnul khatimah dan syurga firdaus walaupun tgk diri tidak layak. Inilah dipanggil rahmat kasih sayang.

Harapan adalah semua kerja atau perilaku saat ini semoga diberi berkat dan berjaya di depan hari. Di sini perlu ilmu dan teknikal yang banyak. Yang berjaya siang malam dan hujung minggu penuh dengan kelas ilmu. Tengok muka depan cermin kita di level mana? Jangan ikut wayang fb tukang komen mereka tu kaki kondem walaupun tidak belajar. Kita yang berusaha atas jalan takdir Allah Taala.

Mustajab adalah zon saat/detik/alamiah/gelombang/syncronised yang tepat pada tarikh, waktu, hari, quad3, pencahayaan, gema, hijriah, gerakan bulan bintang yang ada lantunan reset alam. Inilah yang menjadi khilaf kepada semua ulama dulu sampai sekarang. Maka, semua penilaian ini perlukan kesungguhan istiqamah mudahan kita menjumpai waktu mustajab sekali seumur hidup. Ini kerana gema (sains muzik) seluruh alam sedang berzikir dan doa termasuk pokok, ikan, bukit, air ombak, haiwan, bintang dan semuanya dipanggil tune berbeza Hz. Gelombang Hz bernombor sebagai pusat. Jika manusia tidak berzikir malulah pada alam.

Waktu damai permintaan adalah gelombang. Yang ini ramai tidak dibahaskan sebab ramai ramai xnak belajar. Jika belajar akan dikatakan sesat dan sebagainya. Secara sains diperlukan untuk menjadi zon theta, gama, alpha, zion, hening. Bahasa mudah, lintasan sejuk hening dalam hati yang tidak boleh dirungkaikan. Contohnya, anda berdoa tiba tiba menangis sehabisnya. Inilah dipanggil reset diri yang sangat baik.

Zon permintaan adalah Mustajab+Niat+Doa+Harapan+Waktu Permintaan. Di sini ilmu metafizik fundamental Islam + teknikal + accuracy + gelombang + coding diperlukan. Belajar betul betul supaya kita tawaduk.

Memahami diri sendiri dan kenal Allah Taala maka kita menyayangi semuanya. Mudah mudahan semua ilmu dan amal kita betul ikut Rasulullah saw. Mohon istiqhfar sebab sepanjang hidup kita cara solat dan amal kita belum tentu sebetulnya ikut cara nabi.

Bab lain pastikan ikut Tauhid yang betul dan waras dalam mengkaji sunnah.

hakikatnya begitulah hendaknya asas kepada proses pendidikan yang Allah sudah patternkan sejak azali dalam Al quran. usah dilanggar KPI dan SOP ini, kerana andai kita BERANI nak ubahnya, kita dikira sudah mencabar hukum Tuhan sebenarnya. Orang nak terima atau tak kaedah sharing ilmu kita, usah kita ambil kisah. Kita ambil kisah apa kehendak Tuhan ke atas diri kita soal sampaikan ilmu mahupun menerima ilmu. Kalau semua berada di jalan yang lurus, ihdinasiratulmustaqim, takderlah dibuatnya pilihan syurga atau neraka kan..

untuk peringatan diri sendiri juga yang mudah lupa dan manfaat bersama. 

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pula. Sama ada nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.





Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 


Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?

Tiada ulasan: