My Follower

Selasa, 29 Oktober 2019

QURAN

Cerita deep oleh Ustaz Nouman,

"Anak saya membacakan ayat ini di hadapan saya untuk disemak salah betul tajwid. Tak semena-mena ada titis air membasahi pipi.
“Kenapa abah menangis?”
“Oh, sebab Allah kata sesuatu..”
“Allah kata apa, abah?”
“Rasulullah mengadu di hadapan Allah, tentang sekelompok manusia yang meninggalkan Quran,”

(Dan Rasul (Muhammad) berkata; Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mengabaikan Quran ini; Al Furqan:30)

“Tapi kita tak abaikan Quran pun, abah? Kan kita sedang baca ni?
‘Anakku, andai Quran ini turun sekadar untuk dibaca; maka mudahlah hidup.
Kita kena sayang dia sungguh-sungguh. Bolehkah kita sayang Quran lebih daripada filem baru yang bakal tayang, atau mungkin permainan video yang sedap-sedap? Kita lebih suka habiskan masa dengan Quran, atau sebaliknya? Mahukah kita jadi sepertimana yang Quran kata?”
Mudah-mudahan Allah memasukkan kita ke dalam golongan manusia yang sayangkan kitab ini; biar barakahnya meresap masuk ke dalam jiwa dan segenap ruang hidup.

Mudah-mudahan Allah memahamkan kita sebagaimana sepatutnya kita faham. Dan Quran itu tidak hanya lidah sahaja yang membaca, hati turut terasa sama enaknya.

Mudah-mudahan ibu bapa sekalian diberi kefahaman Quran, dan dapat ajarkan pula pada anak-anak; agar anak itu dapat berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat kelak;

‘Ibu ayahku mengajarkan aku isi kitabMu, wahai Allah’”

Ustaz Nouman Ali Khan

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.





Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini


Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?



Tiada ulasan: