Saya dah buat bisnes di FB dan IG, cukup lah kan? Kenapa perlu ecommerce pulak?
Bagi saya memang dah cukup kalau anda gunakan teknik VIRAL HERO NI.
Tapi kalau anda nak bisnes anda sustain dan go to the next level, sesuai untuk anda mempunyai web ecommerce. Banyak kelebihannya berbanding bisnes di platform media sosial sahaja. Antaranya:
- Platform. FB dan IG ni platform bersosial, jadi mungkin ada banyak kekangan dari platform tu sendiri. Anda boleh guna medsos ni untuk tarik trafik ke web ecommerce anda.
- Database. Lebih mudah nak simpan database pelanggan anda untuk kegunaan akan datang. Kalau di FB dan IG, kena guna software/apps pihak ketiga atau catat sendiri. Banyak kerja tu..
- Penat Melayan. Dengan web ecommerce, anda boleh set ke auto atau semi auto. Tapi kat FB dan IG, kena lah layan PM dan wasap sebagainya. Makan masa dan tenaga semua tu.
- Daya Tahan. Sampai bila FB dan IG akan bertahan? Ingat apa jadi kat Friendster dan Myspace? Kalau ada web ecommerce, tak kisahlah apa apa jadi dengan FB dan IG ... bisnes anda tetap wujud..
- Diversify. anda boleh urus jumlah produk yang lebih besar/banyak. Tambah fungsi menarik seperti diskaun, baucer, dan banyak lagi secara auto. Ikut kreativiti dan bajet anda..
Mudah kata, anda mudahkan pelanggan membeli dan anda menyenangkan kerja anda berkali ganda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan