My Follower

Selasa, 29 Oktober 2019

TIPS CARA KEMBANGKAN PERNIAGAAN

Dalam sharing kali ini saya nak kongsikan dengan anda 3 tips kembangkan lagi bisnes(jika anda ada bisnes (atau bakal) buat bisnes)

Tip #1: Mulakan sesuatu walaupun kecil

Teringat saya satu quote berbunyi, "You do not need to be great to start, but you need to start to be great!"

Tidak kira apa pun, anda perlu mulakan sesuatu walaupun ianya adalah perniagaan kecil. Begitulah saya mulakan lebih 15 tahun yang lalu. Saya mulakan perniagaan yang kecil.

Dan saya juga GAGAL dalam perniagaan tersebut. Apa salahnya. Lebih baik gagal ketika kecil dari gagal apabila lebih besar dan modal lebih besar bukan?

Inilah learning experience yang perlu dilalui. Tetapi jika kita tidak bermula, bagaimana hendak belajar dari pengalaman itu. Cari pengalaman dalam perniagaan kecil dan secara organik kembangkan perniagaan tersebut.

Begitulah juga Jeff Bezos dengan Amazon.com yang hanya merupakan one-man-show pada mulanya, tetapi menjadi gergasi e-commerce hari ini!

Sekiranya anda tidak mula yang kecil, bagaimana hendak menjadi lebih besar?

Jadi, mulakan sesuatu! Cara mudah, sertai team affiliate Projek e-Rezeki.my(link daftar ada di bawah).

Tip #2: Walaupun kecil, fikir besar!

ATB. Always Think Big! Walaupun memulakan perniagaan kecil, jangan henti dari berangan untuk menjadikan perniagaan kecil itu satu perniagaan yang hebat satu hari nanti!

Mula kecil, tetapi fikir besar. Angan-angan ini akan mencetuskan lagi kreativiti dan inspirasi kita untuk menggerakkan perniagaan kita lebih besar.

Pernah tak anda lihat sesuatu perniagaan yang hanya konsisten dan sama sahaja selepas 5 tahun... 10 tahun... atau lebih?

Ini antara punca pemilik perniagaan tidak fikir besar. Perasaan "Cukuplah dengan apa yang ada..." akan menghentikan perkembangan sesuatu perniagaan.

Tetapi, jika kita fikir lebih besar, seperti "Bagaimana aku boleh bawa perniagaan ini menjadi lebih hebat dan besar?", maka ia akan jadi satu picu untuk kita membawa perniagaan ke arah itu.

Tip #3: Dalam perjalanan menjadi besar, perlu berani berubah dan explore!

Dan akhir sekali, untuk menjadi lebih besar, ke peringkat yang lebih tinggi dan global, anda perlu BERANI explore! Cuba sesuatu yang baru.

Maksud saya mencuba sesuatu yang baru, bukan bererti anda "hasilkan strategi yang baru". Semestinya tidak!

Cuba sesuatu yang baru bererti, lakukan apa yang anda belum lakukan. Lakukan apa mereka yang telah berjaya dalam perniagaan, tetapi anda sendiri belum lakukannya.

Sudahkah anda memiliki laman web? Sudahkah anda mula mengumpul database prospek anda? Sudahkah anda menggunakan pemasaran video? Sudahkah anda menggunakan teknik dan strategi yang lebih advance dalam pemasaran Facebook dan Instagram?

Jika belum, itulah yang saya maksudkan untuk anda berani cuba sesuatu yang baru, yang anda belum lakukan lagi.

Dalam Business, atau Marketing

Tiada DATA = Tiada SALES$$

Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.




Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini

Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !

1 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

terima kasih atas perkongsian ^_^