Ada pelbagai cara yang boleh digunakan oleh usahawan internet untuk tingkatkan sales mereka di media sosial. Dalam tips kali ini, saya berikan 9 teknik simple yang boleh anda gunakan untuk tingkatkan sales di facebook.
1.Gambar yang menarik
Gambar memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian audiens pada iklan anda kerana gambar adalah komponen iklan pertama sekali yang akan dilihat oleh audiens anda. Gambar yang berkualiti juga dapat meningkatkan kepercayaan audiens kepada fanpage anda.
2.Headline(tajuk ) yang memukau
Headline yang memukau adalah Headline yang menyokong gambar iklan yang digunakan. Headline ditulis bertujuan untuk menarik perhatian prospek dan membuatkan mereka membaca ayat iklan yang seterusnya. Anda hanya ada 3-5 saat sahaja untuk membuatkan prospek terus membaca ayat iklan anda ataupun tidak.
3.Masukkan link testimoni
Anda boleh masukkan link koleksi album testimoni anda di post iklan. Dengan memberi link testimoni, audiens akan lebih yakin untuk membeli dari anda. Anda boleh lihat contoh gambar di bawah…
Contoh link testimoni ebook RMR & KMR :
4.Post secara konsisten
Saya sarankan anda post secara konsisten sekurang-kurangnya 1 kali sehari, maksimum 4 kali sehari. Jangan update post anda terlalu rapat tempoh masanya, jika anda update post pada pukul 9 pagi, anda boleh update post kedua pada pukul 2 petang dan post ketiga pada pukul 8 malam pula.
Untuk mendapatkan respons dari audiens, anda perlu galakkan audiens untuk berikan komen pada post yang dibuat dalam fanpage. Bina post yang relevan dengan bisnes dan audiens anda, kemudian minta mereka beri respon. Anda boleh buat post berbentuk soalan, perkongsian dan galakkan audiens untuk beri pendapat.
5.Add Friend jika ada yang like atau komen post anda
Tambah prospek yang komen di post promosi sebagai kawan anda. Gunakan nama sebenar FB Profile anda. Selepas add friend, anda perlu kenalkan diri dengan PM Nama, Fanpage dan beritahu apa tawaran anda. Contoh ayat PM yang boleh anda gunakan…
“Salam tuan, saya Ali dari Projek e-Rezeki.my. Terima kasih kerana komen dan berminat dengan tawaran kami, kami [tawaran anda]…”
6.Follow up prospek yang pernah pm anda sebelum ini.
Follow Up prospek yang pernah anda PM pada waktu yang sesuai seperti pada hari gaji. Anda hanya perlu tanya soalan mudah seperti…
“Salam sis, maaf menggangu. Saya cuma ingin tanya jika sis masih berminat lagi dengan tawaran kami mengenai [tawaran anda]…?”
7.Offer terhad
Anda boleh buat offer terkejut dalam tempoh masa yang terhad. Anda boleh guna ayat Urgency seperti “Tawaran diskaun 50%, Hanya pada Hari Jumaat, pukul 9am-1pm”. Umumkan sehari awal sebelum hari offer tiba supaya prospek mempunyai masa untuk bersedia mendapatkan offer anda tersebut.
Moga bermanfaat.
Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?
Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.
Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini
Ada masalah hutang? baca ni dulu. Langkah nak selesai hutang cepat !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan