My Follower

Ahad, 3 November 2019

KENAPA SEMUA BENDA TAK SEMPAT?

Solat tak sempat, baca Al-Quran tak sempat, puasa sunat tak sempat, sedekah tak sempat ?

Sebab hidup tak berkat. Sebelum tu, Berapa ramai nak tahu kenapa kita rasa masa berlalu dengan pantas..??

Bila kita buka whatsapp dan FB terasa masa sangat pantas..??

Bila kita buka Al-quran terasa masa sangat lama..??

Berapa ramai perasan itu.?

Ketika kita membaca Al Qur’an, minimun kita melibatkan 3 indera yaitu mata untuk melihat mushaf, Lidah (mulut) untuk melafalkan lafazh-lafazh Al Qur’an dan telinga untuk mendengarkan suara bacaan kita. Lebih mantap kalau melibatkan otak dan hati, otak untuk menterjemahkan dan hati untuk merasakan dan menghayati tiap ayat yang dibaca, seolah-olah kita sedang berbicara langsung dengan Allah Subhanahuwata’ala.

‘Utsman bin ‘Affan pernah mengutarakan,

“Seandainya hati kita bersih, tentu kita tidak akan pernah puas bersama Al-Qur’an (kalamullah). Sungguh aneh, bagaimana seseorang mampu puas mendengar kalimat indah dari yang ia cintai.” (Al-Jawab Al-Kafi, hlm. 170)

tapi, bila kita sibuk dengan urusan dunia layan whatsapp sbg contoh, masa akan berlalu pergi dengan begitu pantas sekali.

"YA ALLAH!! Kenapa selalu tak cukup masa ni???" 

Selalu terasa 24 JAM sehari memang tak cukup untuk selesaikan semua urusan, walaupun dah bangun awal dan stay up hingga lewat malam...

Pernah terfikir tak kenapa?

Okay, stop dulu, jom luangkan masa sikit untuk baca kisah pendek di bawa ni... 

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya :

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah".

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari. Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah

Kemudian dia bertanya kepada gurunya :

"wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku".

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subahanallah. Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian Al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama. Dengan kuasa Allah, bila kita baca Al-Quran, waktu kita menjadi lebih berkat. Semakin banyak kita baca Al-Quran, kita akan dapati semakin banyak urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkatnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah, Penjaga Masa kita. InsyaAllah

Rasulullah saw bersabda;

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

  1. Kebingungan yang tiada putusnya. 
  2. Kesibukan yang tidak ada hujungnya.
  3. Keperluan yang tidak pernah merasa cukup.
  4. Angan-angan yang tiada penghujungnya.

(HR MUSLIM)

Jom rutinkan bacaan Al-Quran! jangan lupa juga lakukan Solat Sunat Dhuha!


Nak tips kombo PERCUMA Magnet Rezeki?


Jemput dapatkan Magnet Rezeki Cara Allah, iaitu SOP 555 (Workbook RMR+KMR) sekarang.




Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini 



Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?


Tiada ulasan: