My Follower

Rabu, 4 Disember 2019

BEZA BERSERAH DENGAN AMBIL MUDAH

Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT.

Sebagai contoh.....

Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya. Apakah ketetapan kaya?

Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma, bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang Allah tetapkan untuk mereka yang kaya.

Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT.

KetetapanNya adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat.

Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada orang yang tidak berilmu (zakat ilmu). Orang yang pandai tidak boleh sombong, bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka yang pandai.

Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut ilmu agar keluar daripada kebodohan. Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau jahil.

Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib.

KESIMPULAN

Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT, manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada Allah SWT yang Maha Mengkehendaki.

Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah SWT.

Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT.

Kita menerima sahaja kehendak Allah SWT.

Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita harus ada resah GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi?

Serahkan sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang Allah SWT tetapkan pada kita.

Jalanilah kehidupan ini dengan benar-benar berserah 100%.

Komunikasi dengan Allah SWT melalui SOP 555 (Amalan dalam Workbook RMR + KMR) mampu membuatkan kehendak kita mengikut kehendak Allah SWT (berserah) dan seterusnya menghilangkan rasa gelisah di dalam jiwa. Semua ini perlu dilatih sedikit demi sedikit. Hari demi hari.

Berlatihlah dengan latihan-latihan asas yang saya sudah berikan di dalam group komuniti VIP Alumni RMR + KMR kita ini.

Semoga kita semua di sini berada di bawah lembayung limpahan rahmatalamin..

Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusakan kita semua hari ini mudah-mudah dan sehabis mudah.

Satukan matlamat kita, buat segalanya kerana Allah. Bukan kerana Makhluk Dia.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Jom belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah





Nak tips PERCUMA Rahsia Magnet Rezeki?

Klik link ini dan download e-rezeki.my/kombo

Nak dapatkan ilmu sharing(copywriting ilmu) seperti ini dan Copy Paste Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my sekarang 


---------------

Ikuti Laporan harian Projek Bahtera (Sedekah Nasi Tengah Hari di Masjid & Sekolah Tahfiz ) ?

👉🏻 https://t.me/ProjekBahtera

Tiada ulasan: