My Follower

Selasa, 10 Disember 2019

TURNING POINT UNTUK BERBAHAGIA

Nabi Muhammad SAW juga sering mengamalkan amalan berbahagia sebelum melakukan sesuatu. Menjelang pagi hari beliau mengajak kita mendirikan solat Tahajud dan Dhuha. Dalam solat itu, kita berdoa meminta kemudahan, kelancaran dan limpahan rezeki. Selesai mendirikan solat Dhuha, air muka kebahagiaan kembali menyirami wajah kita. Ada nampak Nur Hidayah di air muka. Jumpa pelanggan pun sejuk jer mata memandang..bukannya kelam dan suram.Kita tentu berasa bahagia. Lalu kita segeralah bergegas menuju ke tempat kerja.

Dimulai pada solat Subuh, sebelum keluar rumah bertebaran mencari rezeki di atas muka bumi Allah, menurut kecenderungan diri yang ditentukan oleh Allah, sebelum berangkat meninggalkan rumah tangga, mengharung badai gelora ombak kehidupan, jiwa perlu diisi terlebih dahulu dengan ENERGIZER PANCARAN ILAHI.

Cuba perhatikan susunan indah amalan solat itu bermula dengan wuduk.

Pertama Pembersihan Muka kerana di sana terletak mata, telinga, hidung dan mulut. Dengan itu bila kita berhadapan dengan orang. Kemudian pembersihan tangan, yang dengan itu kita akan memegang sesuatu. Penyapuan kepala, di sana terletak otak, alat berfikir untuk menghadapi soal hidup. Membersihkan kaki yang akan digunakan untuk melangkah.

Selesai solat dhuha, mulailah bersiap siaga menghadapi usaha hidup. Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh Agama. Allah berfirman dalam Surah 67 Al-Mulk ayat 15

"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."

Beberapa jam kemudian, waktu zuhur pula tiba, Azan berkumandang di setiap ceruk kota Matahari mula bergerak perlahan-lahan dari atas kepala kita. Hiruk piruk kota dirasai. Tubuh terasa letih sesudah setengah hari kita membanting tulang dan memerah otak.


"Marilah Menuju Kejayaan" Hayya 'alal-falah", begitulah bunyinya panggilan Tuhan. Itulah waktu paling tepat untuk kita menstabilkan semua emosi kita ataupun membiasakan diri kita dengan kebahagiaan.

Dirikan Solat Zuhur, Nikmatilah! Lupakan semua masalah yang bersarang di minda buat seketika. Lepaskan segala bebanan hidup buat sementara waktu.

Biarkan aura kejayaan meliputi jiwa kita. Berwuduklah. Rasakan sentuhan butiran air sejuk dan menyegarkan. Nikmatilah...

Subhanallah, kehidupan terasa begitu mengasyikkan. Ketika kita mengangkat kedua tangan, rukuk dan sujud, kita dapat rasakan aliran darah mengalir masuk ke seluruh rongga tubuh badan kita. Betapa nikmatnya bukan.

Semasa kita duduk berzikir, selepas selesai solat, cubalah tingkatkan rasa syukur dan undanglah kesyukuran ke dalam diri kita. Fikirkanlah bagaimana Tuhan memberikan kesihatan kepada kita hingga kita dapat bekerja dengan baik hari itu. Bersyukur dan Senyumlah. Berdoalah sepenuh hati. Mintalah kepadaNya dengan penuh kesungguhan.

Selesai jer berdoa dan merasakan kebahagiaan sudah diperolehi, bertebaranlah kita mencari rezeki. Insyaallah mutu pekerjaan kita pasti menjadi lebih baik..

Jom belajar Magnet Rezeki lebih detail melalui ebook Rahsia Magnet Rezeki (RMR+KMR):




Nak tips PERCUMA Magnet Rezeki & pesanan nasihat terus ke hati setiap hari melalui email?


Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang disini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.


Tiada ulasan: