My Follower

Rabu, 18 September 2019

TAKUT NAK BERMULA?

Ramai orang nak buat ecommerce tapi takut nak bermula.


  • Takut kos mahal nak buat ecom
  • Takut produk tak terjual
  • Takut bini marah


Semua tu ada penyelesaian dia, simple je sebenarnya. Begini ..... 

  1. Ada ecom free je, anda akan dikenakan caj apabila dah ada jualan. Dia caj per transaction. Boleh guna kedaiweb.co
  2. Boleh jadi ejen dropship dahulu untuk tengok demand produk mana yang lebih bagus. Cari supplier anda guna software ni, kemudian deal dengan dia untuk jadi ejen dropship.
  3. Kahwin lain je la (haha gurau je boskuuu)


Jadi anda dah boleh start sekarang. Makin cepat anda bermula, makin cepat income masuk.







Selasa, 17 September 2019

NICHE NI POWER!

Teringat lagi tahun 2011 dulu masa saya masih belajar design. Masa tu saja ambil gamabr kucing dari Google, edit letak di mockup baju.


Kemudian upload masuk ke group kucing. Sekali punya la ramai nak order. Apa lagi, saya ambik order kemudian pergi print baju tu di kedai.

Dapat la jualan 30-40 helai baju masa tu. Kemudian design lagi, jual lagi. Ulang-ulang je proses tu.

Bukan nak cerita tentang jual baju tu, tapi nak cerita tentang demand niche pet ni sangat tinggi. Jual la apa pun, akan ada yang membeli.

Saya pernah ambil stok roller yang buang bulu kucing. Ambil stok dari China. Sampai je Malaysia, try post dalam group buat ayat simple

"Barang baru sampai dari China. Nak jual murah-murah je ni"

3 hari habis stok 100 unit.

Serius, niche kucing ni memang ada demand. 

Jadi kalau anda nak buat ecommerce atau start jual apa2 produk, pilihlah niche pet ni. Insyaallah ada hasilnya.

Kalau nak try cari produk yang hot dalam alibaba atau aliexpress, boleh guna software ni.






Ahad, 15 September 2019

BUKU & E-BOOK BERKEMBAR KEWANGAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!

Anda BENAR-BENAR mahu tahu BAGAIMANA MENGURUSKAN WANG anda?


Atau anda BENAR-BENAR mahu tahu bagaimana anda boleh SETTLE MASALAH HUTANG melalui TEKNIK URUS HUTANG – Selesai Hutang Cara Mudah?

Saya juga seperti anda sebelum ini. Namun kini tidak lagi kerana saya tahu apakah RAHSIA dan Panduan serta TEKNIK untuk MENGURUS WANG dan HUTANG tanpa perlu risau tentang wang lagi.

  • Anda serius mahu BEBAS KEWANGAN dan BEBAS dari MASALAH HUTANG?
  • Jika jawapan anda adalah YA, maka anda perlu memiliki PANDUAN dan TEKNIK mengurus wang dan hutang ini bersama serentak! Tapi BAGAIMANA CARANYA?

Berikut adalah MASALAH KEWANGAN yang sering dihadapi:

  • Belanja melebihi pendapatan
  • Suka berhutang melebihi kemampuan
  • Tidak tahu bagaimana nak buat BAJET
  • Bayar hanya 5% setiap bulan bil kad kredit
  • Tidak pernah ada simpanan kecemasan
  • Tidak mampu membayar hutang 
  • Tiada ilmu mengurus wang 

Mengapa semua ini terjadi? 

Sebab anda tidak mengetahui panduan mudah untuk mengurus wang anda dan tidak tahu cara mengatasi semua masalah tersebut. Kini, anda tidak perlu gusar dan bimbang lagi.

Saya nak menawarkan penyelesaian untuk masalah anda. Fahami strategi menguruskan wang dan teknik menguruskan hutang supaya hidup anda tenang tanpa perlu risau tentang wang lagi.

Dapatkan segera Buku & E-book berkembar Kewangan - Panduan Wang Gaji Dan Teknik Urus Hutang  

  • Jadilah pengguna bijak dengan memiliki Buku & E-book ini sekarang. 
  • Ramai yang telah memilikinya, anda bila lagi? 





Khamis, 12 September 2019

PANDUAN URUS WANG GAJIPANDUAN URUS WANG GAJI

Memperolehi wang yang banyak belum tentu membuatkan kita berada dalam situasi kewangan yang baik dan stabil. 


Ini kerana lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan apabila memperolehi wang yang banyak. 

Kenapa begitu? 

Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya. Jawapannya sudah tentu kerana gagal menguruskan wang dengan baik dan teratur.

Semua orang tahu yang wang itu tidak mudah untuk diperolehi. Ini kerana ianya tidak tumbuh merimbun seperti daun-daun di pohon kayu. 

Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita membuatkan ianya ‘tumbuh’ dengan baik jika kita tahu teknik bagi menguruskannya dengan bijaksana. 

Dalam Panduan Wang Gaji ada membincangkan perkara tersebut di atas. Bagaimana untuk menguruskan wang dengan efektif secara mudah, sistematik dan berkesan.

Masih ramai yang tidak jelas dengan perkara ini. 

Kita dapat lihat ramai orang yang membuat wang dan menguruskannya dengan cara yang tersendiri tetapi hakikatnya tidak faham dengan apa yang telah mereka lakukan.

Sebaik sahaja kita mengetahui bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dan teratur, secara tidak langsung ianya akan membantu memperbaiki kedudukan kewangan kita supaya berada dalam keadaan yang lebih baik dan menguntungkan. 

Pengetahuan ini amat penting dalam kehidupan kita kerana tanpanya sudah pasti hidup kita dilanda masalah kewangan yang membebankan. 

Kita dapat lihat, rata-rata mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu atau dengan lain perkataan tidak memilki ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan, baik simpanan, perlindungan insurans/takaful mahu pun pelaburan.

Untuk menguruskan kewangan, kita tidak perlu menjadi seorang yang pakar dalam kewangan atau memiliki ‘Master’ untuk menguruskan kewangan dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu menguasai asas-asasnya, itu sudah memadai. 

Semua ini ada dikongsikan dalam Panduan Wang Gaji. 







Rabu, 4 September 2019

Kerana Aku Sayang







Ramai manusia yang hilang arah, terus menjauh, resah dan gundah, kerana hidupnya kurang mendapat kasih sayang dari orang sekeliling.

Diulit masalah keluarga, masalah persahabatan, dianiaya oleh orang sekeliling, sehingga akhirnya ramai yang memilih untuk jatuh.

KERANA AKU SAYANG, ingin menyedarkan kita semua, dalam hidup ini, ramai hakikatnya yang menyayangi kita, namun kita tidak sedar, kerana terlalu sibuk melayan orang yang membenci, hingga hanyut dengan dunia demi memuaskan nafsu manusia.

Mungkin kita lupa, betapa Allah dan rasul sayangkan kita?


TIP 10/40/50 MENGURUS WANG GAJI

Ramai orang bila dapat gaji perkara pertama yang dibuat adalah mengasingkan sebahagian gaji tersebut untuk menjelaskan komitmen hutang terlebih dulu dan baki selebihnya barulah dibuat belanja. Jika ada lebih lagi baru lah disimpan.


Masalah utama yang sering dihadapi apabila mengurus wang dengan cara ini, belum cukup sebulan, biasanya dah pokai!

Bila dah tak cukup duit, mula lah cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan bulanan tapi kebiasaannya bila dapat duit lebih, masih tak cukup juga.

Biasakan berhadapan dengan situasi sebegini?

Ramai orang lebih teruja untuk mencari duit untuk menambah pendapatan. Tapi satu perkara penting yang ramai orang lupa adalah bagaimana nak uruskan duit tersebut.

Hakikatnya mendapatkan wang satu perkara yang penting tetapi menguruskan wang adalah perkara yang lebih penting!

Jadi jika Tuan-Puan inginkan kaedah yang terbaik untuk mengurus wang setiap bulan bolehlah ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. Mula-mula agihkan 10% untuk “simpanan”.

Usahakan seboleh mungkin untuk membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari gaji bulanan. Matlamat pertama simpanan ialah untuk menyediakan simpanan “Dana Kecemasan” bersamaan dengan sekurang-kurangnya enam bulan pendapatan.

2. Kemudian agihkan maksimum 40% untuk "pinjaman/kredit".

Ianya merupakan kos pinjaman/hutang yang menjadi komitmen bulanan seperti ansuran sewa beli kereta, ansuran pinjaman perumahan, bayaran ansuran mudah, bayaran kad kredit, pinjaman pendidikan dan pelbagai jenis hutang pinjaman lain lagi. Pastikan jumlah keseluruhan perbelanjaan hutang tidak melebihi 40% daripada pendapatan bulanan.

3. Akhir sekali agihkan maksimum 50% untuk perbelanjaan “kos sara hidup”. 

Ianya merupakan kos perbelanjaan tetap setiap bulan seperti perbelanjaan dapur, makan-minum, keperluan bayi, pendidikan anak-anak, pakaian, sewa rumah, bayaran utiliti, petrol, parking, tol dan sebagainya.

Begitulah panduan ringkas yang boleh Tuan-Puan amalkan ketika mengurus wang gaji. Sebenarnya ada banyak cara lagi yang boleh Tuan-Puan pelajari dengan menggunakan teknik-teknik yang mudah dan sistematik melalui Panduan Wang Gaji.

Untuk mengetahui lebih detail, saya sarankan Tuan-Puan membaca buku Panduan Wang Gaji tulisan Tuan KJ, bukan Khairy Jamaluddin tau…tapi Khairulnahar Jamaluddin.






Isnin, 2 September 2019

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wang...

Saya tak paksa anda untuk bersetuju dengan apa yang saya kogsikan ini, tapi saya tak sanggup untuk biarkan anda berada dalam keadaan sentiasa tertanya-tanya  apa sebenarnya cara nak berjaya mengurus wang dengan betul.


Saya selalu menerima pertanyaan dari orang ramai, yang nak berjaya, yang nak bayar hutang yang nak bawa ibu bapa menunaikan Umrah dan Haji, yang nak berikan pendidikan dan masa hadapan terbaik untuk anak tapi mereka terkongkong oleh beberapa faktor bahawa mereka tak tahu dengan cara apa mereka dapat urus wang dengan betul dan perbaiki hidup.

Kerja makan gaji bertahun-tahun tak membuahkan hasil yang lebih baik untuk jangka panjang. 

Mereka tak tahu nak bermula dari mana, apa lagi nak konsisten buat sesuatu yang boleh beri mereka kepuasan dan kejayaan.

Jadi berikut 3 perkara yang anda perlu tahu sebelum urus wang...

1.Wang, Pendapatan Dan Kekayaan Bukanlah Perkara Yang Sama!

Ramai yang berpendapat wang, pendapatan dan kekayaan adalah perkara yang sama.

Ramai ingat bila ada wang dan pendapatan mereka banyak, maka mereka dah rasa boleh hidup kaya raya.

Sebaliknya urus wang bukan macam tu, bukan berapa banyak yang kita dapat sebaliknya ianya tentang berapa banyak yang kita simpan dan bagaimana kita berbelanja serta menguruskannya! 

2.Urus Wang Bukannya Tentang Wang Semata-mata 

Sebaliknya Ianya Tentang Sikap & Tabiat!

Harus diingat, untuk berjaya dalam pengurusan wang, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah sikap dan tabiat kita. 

Ini penting bagi memastikan alat kewangan yang ada dapat digunakan bagi membantu kita memperolehi hasil sebagaimana yang kita inginkan.

Jika sekiranya kita tidak memahami sikap dan tabiat pengurusan kewangan kita, maka adalah sukar untuk kita mencapai matlamat kewangan yang telah kita rancang sebelum itu. 

Sebab itulah kita boleh lihat semakin ramai individu yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik mereka mula memperolehi pendapatan yang lebih besar. 

Semakin besar pendapatan, semakin besar pula perbelanjaan dan hutang pinjaman mereka!

3. Urus Wang Adalah Kerja Sepenuh Masa!

Urus Wang sebenarnya bukan setakat membuat bajet bulanan, membayar bil setiap bulan, membuat simpanan, membeli polisi insuran atau pelan takaful, atau melaburkan wang, sebaliknya ianya lebih daripada itu. 

Ramai yang tidak mengambil berat dan bersikap sambil lewa tentang pengurusan kewangan, kesannya kedudukan kewangan mereka akhirnya berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Apa yang penting dan harus anda fahami dan ingati selalu, pengurusan wang bukan hanya dilakukan sebulan sekali malahan ianya merupakan tugasan atau kerja yang perlu anda lakukan secara SEPENUH MASA!

Ya, SEPENUH MASA! Tiada PART TIME macam buat kerja atau pun bisnes!

Ini kerana jika anda beranggapan ianya sebagai satu kerja part time, anda tidak akan bersungguh-sungguh untuk melakukannya dan apa yang pasti hasilnya pun tidak seberapa…