Bagi saya semua bisnes WAJIB kita promote atau iklan secara online, tak semestinya bisnes aiskrim je.
Tapi tak bermaksud bila buat online anda kena pos aiskrim tu kepada pelanggan. Silap-silap, belum sampai kat customer dah cair tak pun abang posmen dan makan dulu.
Ada beberapa cara untuk promosikan bisnes Aiskrim anda :-
CARA 1
Buat jualan di kedai atau booth jualan aiskrim. Then promosikan kedai atau booth anda, secara online. Guna FB, Mudah, Whatsapp, atau Google
CARA 2
Buat pakej katering.aiskrim. Buat tempahan katering secara online. Sekarang ni Majlis Wedding, Birthday Party, Majlis Aqiqah pun ada orang nak makan aiskrim
Lagi-lagi tengah-tengah hari buta.
CARA 3
Buat delivery aiskrim ke rumah-rumah atau ofis-ofis. Make sure buat delivery secara pukal la. Kalau buat order setakat sebatang je letih beb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan