My Follower

Isnin, 2 Disember 2019

MASALAH ITU BATU PENGHALANG ATAU BATU LONCATAN

Setiap pada kita tidak akan terlepas dari masalah sama ada kita suka mahupun kita membencinya.

Masalah juga akan mendatangi kita tanpa mengira masa dan keadaan,sama ada kita bersedia atau sebaliknya.

Apa jua masalah yang kita hadapi bukanlah satu titik hitam dalam kehidupan kita sebaliknya kita kena memperbetulkan cara pandang terhadap masalah itu sendiri.

Kita berupaya dan mampu menjadikan masalah itu sebagai batu loncatan untuk meningkatkan lagi kualiti hidup dan mengumpulkan pengalaman yang hebat hebat darinya.

Kita juga boleh membiarkan masalah itu menjadi batu penghalang kepada kita untuk maju ke hadapan dan membiarkan ia membunuh impian yang kita bina.

Kesemua itu ada pada kita untuk memilih dan bertindak.

Contoh mudah yang boleh kita hadam adalah seperti berikut :

Pada hari ini kita memiliki masalah kewangan yang sangat kritikal dan membebankan di tambah lagi dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing.

Kita boleh jadikan masalah kewangan ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki keadaan yang mana kita kena melakukan sesuatu yang baru dan berubah dari keadaan yang sama kepada keadaan yang berbeza dalam memastikan kewangan kita tidak berada dalam mod kritikal dan menyusahkan kita.

Di kala kita menghadapi masalah kewangan yang kita kritikal,ada di kalangan kita yang diluar sana telah mencapai status bebas kewangan.

Belajar dari mereka dan jangan sesekali putus asa dan putus harapan.

Kita juga boleh jadikan masalah kewangan ini sebagai batu penghalang bagi kejayaan kita dengan meletakkan seribu satu alasan dan menyalahkan semua perkara yang ada di sekeliling kita. Kita membina satu batu blok yang besar yang menampakkan masalah ini tidak lagi mampu diselesaikan sampai bila bila.

Mari kita bersama sama membuat pilihan yang tepat agar kita tidak membunuh masa depan kita yang penuh warna warni dan keindahan.

Jom kita cipta sebanyak banyaknya pengalaman yang menyeronokkan dari masalah yang kita hadapi agar ia menjadikan hidup kita lebih bermakna dan pastinya ia bakal membahagiakan kita dan mereka yang berada di sekeliling kita.

Jom belajar melalui ebook Magnet Rezeki Cara Allah?





Nak tips PERCUMA Magnet Rezeki & pesanan nasihat terus ke hati setiap hari melalui email?


Nak dapatkan ilmu sharing seperti ini dan sebarkan Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my anda sekarang

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Nak ikuti Laporan harian Projek Bahtera ?

👉🏻 https://t.me/ProjekBahtera

Tiada ulasan: