My Follower

Isnin, 2 Disember 2019

RAHSIA KONSISTEN AMALAN 40 HARI

Mengapa sesuatu amalan itu harus dilakukan di dalam 40 hari?

Banyak amalan zikir orang dulu-dulu yang meletakkan syarat kena diamalkan selama 40 hari barulah berkesan.

Hadis riwayat Imam Ahmad:

“Sesungguhnya setiap orang di antara kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam perut (Rahim) ibunya selama 40 hari sebagai nuthfah (air mani). Lalu dalam masa 40 hari berikutnya berubah menjadi alaqah(segumpal darah). Kemudian setelah 40 hari berikutnya berubah menjadi mudhghah (segumpal daging). Kemudian Allah mengutus seorang malaikat yang diperintahkan untuk meniupkan roh kepadanya, seraya menuliskan 4 perkara iaitu menetapkan ajalnya, amal perbuatannya dan ketentuan apakah ia tergolong dalam orang yang celaka ataukah orang yang berbahagia”.

Nabi Muhammad Saw. bersabda yang maksudnya : 

“Barangsiapa mengikhlashkan dirinya kepada Allah (dalam beribadah) selama 40 hari maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”. (HR. Abu Dawud dan Abu Nu’man dalam alhilyah).

Permulaan perjalanan ahlullah ialah dengan berselawat. Saya menggunakan istilah Ahlullah adalah merujuk kepada perjalanan kerohanian para wali Allah yang telah mencapai redha Allah. Selawat ini ada banyak kelebihan.

Guru saya pernah berkata "si salik (org yg mula hendak berjalan mendekatkan diri kepada Allah) mesti bermula dgn selawat. Ini kerana jalan mendekatkan diri kepada Allah adalah dari Rasulullah saw.

Ingatlah bagaimana iblis yg tidak berselawat itu jadi sombong. Jadi ringkasnya, berzikir dengan banyak TANPA berselawat ialah laluan utk jadi iblis. Manakala banyak berselawat dan banyak berzikir itu laluan utk jadi hamba Allah.

Untuk permulaan mendapatkan kekuatan iman, kita perlu berselawat sebanyak 40 ribu selama 40 hari. Siapkan 500x selepas subuh & 500x selepas Asar setiap hari.

Insya Allah sesuatu yang ajaib akan berlaku.

Hati anda akan terpaut dengan Rasulullah s.a.w. dan para Ahlullah.

Jalan mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi mudah. Urusan dunia segalanya akan dipermudahkan, mudah mudah dan sehabis mudah.

Sesuatu yg dilakukan secara berterusan iaitu istiqomah selama 21 hari, ia akan terbentuk menjadi satu SIKAP... Dalam tempoh 21 hari, neuro connection & neuro pathway akan menjadi satu jaringan di otak dan membentuk satu sikap... ia akan menjadi tabiat rutin..

  • Apabila ia ditambah kpd 40 hari, ia akan menjadi setitis darah..
  • Seterusnya jika ditambah lagi kpd 120 hari, ia akan meresap keseluruh tubuh... ini adalah bersamaan dgn jangka hayat sel darah...
apa yang ada pada Angka 40..??

Wahyu pertama yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Dari rentetan peristiwa inilah baginda mendapat wahyu untuk menjadi seorang Nabi dan Rasul untuk menyampaikan ajaranNya.

Dan pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun 6 bulan 8 hari ukuran tahun Hijriah, atau 39 tahun 3 bulan 8 hari pada tahun Masihi.

Hal ini menunjukkan bahawa usia kematangan 40 tahun sebenarnya usia yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, sesuai dengan keperluan semesta untuk menerima kematangan sifat kerohanian dari Allah SWT.

Jadi, seandainya kita sudah mencecah umur 40 tahun, namun belum mendapatkan hidayah menuju Allah SWT, berkemungkinan hidayah sukar untuk menghampiri kita, kecuali hidayah yang bersifat sementara dan tidak menuju kepada keabdian yang menyeluruh kepada Allah SWT.

# Jadikanlah sesuatu amalan baik sesuatu yg sebati dgn darah daging yg dapat melatih diri untuk takwa, bergantung pd Allah,menguasai nafsu, menjadi hebat, mendekatkn diri kpd Allah serta berfikiran positif.....

Wallahu A'lam.

Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Wasalam.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Jom belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah

Klik sini untuk dapatkan Workbook Rahsia Magnet Rezeki(RMR) dan Rahsia Kelancaran Magnet Rezeki(KMR) :





Nak tips PERCUMA Rahsia Magnet Rezeki?


Nak dapatkan ilmu sharing(copywriting ilmu) seperti ini dan Copy Paste Secara Percuma sambil jana pendapatan? Daftar akaun affiliate e-Rezeki.my sekarang.

---------------
Ikuti Laporan harian Projek Bahtera (Sedekah Nasi Tengah Hari di Masjid & Sekolah Tahfiz ) ?

👉🏻 https://t.me/ProjekBahtera

Tiada ulasan: