- Kesilapan memilih jenis taksiran bersama sedangkan memilih taksiran berasingan adalah lebih menjimatkan. Jauh lebih jimat.
- Kesilapan dalam menuntut pelepasan anak yang belajar di matrikulasi atau program asasi dengan menuntut pelepasan anak belajar di universiti.
- Kesilapan ketika membuat tuntutan takaful hayat yang mana polisi tersebut adalah untuk anaknya, bukan diri atau pasangannya. Jika untuk anak, maka anda tidak boleh menuntut atas pelepasan cukai takaful hayat
- Kesilapan dalam membuat tuntutan pelepasan gaya hidup dimana pembelian pakaian dan kasut tidak termasuk dalam definisi peralatan sukan.
- Kesilapan menuntut belanja perubatan (bagi penyakit kritikal & sukar diubati) di mana bayaran rawatan pesakit biasa di klinik pun anda tuntut.
- Kesilapan dalam menuntut rebat zakat dimana zakat tersebut adalah zakat yang dibayar oleh isteri yang tidak mempunyai pendapatan.
Tuan/puan, apabila mahu belajar ilmu cukai usahlah sekadar berpandukan grafik ringkas semata-mata. Ada ketikanya anda perlu memahami lebih dari sekadar tahu. Untuk mendalaminya sila klik di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan