My Follower

Jumaat, 8 Februari 2019

INGIN HIDUP BEBAS TANPA HUTANG?

Pada zaman kini, sememangnya agak sukar untuk kita hidup tanpa hutang!


Nak sambung belajar, nak beli kereta, nak beli rumah... semuanya memerlukan pada jumlah wang yang agak besar, dan sememangnya, tidak ramai yang berkemampuan untuk mendapatkan semua perkara itu secara tunai!

Nak tak nak, kena juga berhutang!

BERHUTANG itu TIDAK SALAH! Yang menjadi kesalahan, ialah apabila tidak mahu membayarnya!

Hakikatnya... tiada cara lain untuk selesaikan masalah hutang.. KECUALI... satu cara sahaja...iaitu, dengan cara...BAYAR HUTANG!

Persoalan yang lebih tepat dan perlu ditanya!.... Bagaimana untuk membayar hutang?

Hah! Soalan ini lah yang ingin saya kongsikan jawapannya!




Anda Mahu Hidup Bebas Hutang?

Alhamdulillah!!


Hari ini, dah masuk bulan kedua bagi tahun 2019!

Kalau Anda ada buat azam baru masa 1 Jan lalu.. adakah semangat untuk melaksanakan azam itu masih berkobar-kobar? Ataupun sudah padam? Sebab mengikut kajian, 80% orang, akan melupakan azam tahun baru mereka menjelang bulan Februari.

Ebook ini telah ditulis oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, iaitu seorang pakar motivasi yang tersohor di Malaysia.. Ini adalah merupakan ebook ketiga beliau yang diterbitkan oleh pihak Klikjer. Sebelum ini, pihak klikjer, telah menerbitkan ebook beliau yang bertajuk Hi Hensem dan juga Suami Unggul.


Ebook yang diberi judul "Jom Bebas Hutang" ini mengandungi tips, panduan, prinsip-prinsip kewangan dalam hidup serta pengalaman Dr Tuah di dalam melangsaikan hutang-hutang yang ada di dalam hidup beliau. Ebook ini ditulis secara santai dan mudah untuk dihadam. Tips-tips yang diberikan dalam ebook adalah berdasarkan situasi kehidupan yang sebenar.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan ebook ini! Anda boleh klik pada gambar ebook dibawah!



Khamis, 7 Februari 2019

Panduan Bisnes Online Dengan 8 SOFTWARE Ni!

Ada 8 software ni yang boleh bantu anda untuk AUTOMATE bisnes online anda.


Software ni boleh buat...


1. Collect database PM FB Mesengger dengan MUDAH supaya anda boleh buat auto follow up untuk close sales.


2. WOW! Ada software ni boleh cipta Produk Digital dengan mudah untuk anda jual produk tu atau jadikan sebagai tools marketing.


3. Ada juga software yang boleh rank kan website anda di 1st page Google tanpa anda perlu jadi PAKAR SEO! Guna software ni je settle.


Dan macam-macam lagi. Nak cerita panjang, takut nanti anda boring pulak. 


So, boleh terus baca pasal 8 software ni dan dapatkan KAT SINI.





Rabu, 6 Februari 2019

SALAH FAHAM TENTANG SOLAT DHUHA PUNCA REZEKI TAK DATANG

Sebenarnya solat Dhuha banyak rakaat tu ada dibuat sampai 4,6, 8, 12, 16 tu. Bukan sebab kita nak minta rezeki itu, ini, atau nak tarik rezeki bagai. Tapi sebenarnya, kita buat Dhuha adalah sebab tanda kita bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi. Buat Dhuha sebab rasa syukur kita pada Allah SWT atas semua rezeki yang kita dah ada. Sebagai tanda bersyukur. Usah buat Dhuha sebab fikirkan rezeki yang masih belum dapat atau buat Dhuha sebab nak rezeki lebih banyak.


Kenapa makin banyak rakaat, makin luar biasa kesan dia? Sebab, makin banyak sujud, makin Allah suka. Makin banyak tunduk makin tinggi rasa syukur. Yang jadi rezeki datang sebab amal Dhuha tu, adalah disebabkan Firman ALLAH SWT Bermaksud, "jika kamu bersyukur" maka AKU tambah nikmatKU kepadamu. Allah SWT janji macam tu. Sebab tu, Dhuha tu dikatakan tarik rezeki. Sesudah bersyukur, Allah tambahlah nikmat. Takdanya buat Dhuha sebab tu rezeki nak datang. Sebab tu ada yang buat Dhuha tak dapat apa-apa. Sebab tak faham kenapa kena Dhuha. Duk ingat solat sunat dua rakaat je selama ini.Taklah. Dhuha itu sebagai tanda syukur kita sebenarnya.




Isnin, 4 Februari 2019

WAJIB BACA KEPADA YANG ADA ADIK-BERADIK

Sebenarnya bila adik-beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu. Sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik. Kalau kita tengok ada yang adik-beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih, bantulah adik-beradik kita. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yang terdekat, kata nabi SAW.


Ini Kisah sahabat saya ....

Sahabat saya pernah berbual dengan seorang jutawan di Bangi, beliau tak nak 'tag' nama dia. Nama dia Haris. Baru umur 40 lebih. Tapi kaya-raya. Rumah besar nak mati. Suka bantu orang. Banyak bagi pendapat dan bantu beliau.

Dia kata, "Khalil, saya dulu agak berkira dengan adik-beradik. Walaupun saya kaya. Tapi bila dah kenal agama sikit-sikit ni, hidup saya berubah banyak. Saya banyak bantu adik-beradik. Rupa-rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dengan adik-beradik saya. 'So' Khalil, kalau ada adik-beradik, susah bantulah mereka. Tengoklah Allah bagi rezeki kat 'you' melimpah ruah..."

Terus teringat seorang ustaz kata "Salah satu punca hidup kita sempit... susah... sebab putus hubungan silaturahim dengan ahli keluarga.." Ya Allah.. Takutnya..

Sedih lihat... Ada adik-beradik yang tak bertegur sapa bertahun-tahun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf dengan adik-beradik kita walaupun kita tak salah, Allah akan tinggikan darjat kita.Tak hina pun orang yang meminta maaf.

Ustaz saya kata "Kalau kita cepat maafkan orang kat dunia ni, Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti..."

Ya Allah.. Jadikanlah kami adik-beradik yang akan bersama dalam syurga nanti. Ya Alllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik-beradik.. Rahmatilah kami adik beradik. Ya Allah ampunilah dosa adik-beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami. Amiiin.





Sedekah selesai masalah, tingkat takwa

SETIAP perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT pasti ada hikmah dan manfaatnya. Begitu juga masalah dan cabaran dalam kehidupan ini, tidak akan terjadi secara sia-sia melainkan untuk mengambil natijah daripada apa yang berlaku.


Keindahan Islam akan dapat dicapai oleh mereka yang mengamal dan merasai manisnya nikmat hidup beragama. Justeru, apa sahaja yang dilakukan dalam kehidupan ini mestilah berlandaskan pedoman ajaran agama Islam.

Pelbagai intepretasi diberi terhadap definisi masalah atau ujian. Ada melihat masalah sebagai ujian, justeru, terbinalah kata-kata hidup ini tempat untuk menerima ujian. Ada mengatakan hidup ini untuk menyelesaikan masalah.

Hakikatnya, apa sahaja yang kita fahami mengenai ujian dalam kehidupan, ia memerlukan saluran iman tinggi untuk melihat setiap kemanisan yang datang di sebalik segala kepahitan yang berlaku.

Bagaimana manusia mahu mendepani masalah atau ujian yang mendatangi? Allah SWT telah menunjukkan caranya iaitu melihat ujian dengan pandangan yang positif. Begitu juga telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW dalam meleraikan permasalahan dengan cara bersedekah.

Oleh itu, jika Allah SWT mengurniakan apa juga ujian dalam hidup ini, Dia juga memberi kebaikan di sebaliknya. Setiap perkara yang kita anggap masalah pasti ada manfaat tersembunyi yang kebaikannya adalah untuk manusia juga.

Begitu juga perkara yang diperintahkan oleh-Nya adalah untuk manfaat dan kebaikan manusia. Bahkan, setiap penderhakaan yang manusia lakukan kesannya juga kepada diri mereka. Apa yang pasti, setiap ketaatan akan ada kemanisan dan setiap penderhakaan membawa kepada penyesalan.

Amalan yang Allah SWT perintahkan ada keistimewaan tersendiri. Solat atau puasa terkandung kebaikan dan keistimewaannya, sedekah juga ada kelebihan iaitu boleh menyelesaikan masalah.

Prinsip asas sedekah sangat sinonim dengan ketakwaan dan tanda bagi orang bertakwa adalah rajin bersedekah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menafkahkan (infak) sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 3)

Apabila kita menjadi orang yang murah dengan sedekah, bererti adanya kejujuran dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan juga tanda ketakwaan kepada-Nya.

Sedekah bukan hanya dengan material semata-mata, tetapi boleh jadi dalam bentuk lain seperti memberi senyuman, melemparkan kata-kata baik, meluangkan tenaga dan waktu.

Sedekah suatu yang amat ajaib dan dapat dibuktikan dengan fadilat amalan itu seperti diterangkan dalam al-Quran dan hadis. Sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah SWT akan dibalas dengan perkiraan melebihi 700 pahala.

Selain itu, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang mudah, tenang dan perjalanan hidup diberkati kerana keberkatan bersedekah itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Bersedekahlah, Allah SWT akan menambah serta melipatgandakan rezeki. Nabi SAW bersabda: "Tangan yang di atas (memberi sedekah) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima sedekah)." (Riwayat al-Bukhari)





Sabtu, 2 Februari 2019

Sedekah bukan sekadar memberi

TERLALU banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat-Nya. Setiap orang dianugerahkan nikmat dan rezeki yang berbeza-beza. Cara dan jalan untuk memanfaatkan nikmat tersebut juga berlainan di antara setiap individu. Pemberian rezeki oleh Allah adalah berbalik kepada bagaimana cara untuk kita mensyukuri nikmat kepada Tuan Pemberi Rezeki.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah SWT, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah SWT kelegaan kepadanya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedekah bermaksud memberi sesuatu atau barang kepada orang yang memerlukan dengan tidak mempunyai apa-apa tujuan khas. Ia dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT. Amalan bersedekah amat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan amalan mulia, di samping diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT, amalan tersebut membuka jalan keredhaan dan kesenangan.

Sedekah akan menerbitkan rasa kesyukuran di atas segala nikmat yang dikurniakan. Kita jarang meletakkan diri dalam rasa kesyukuran. Ini membuatkan seseorang akan merasakan selalu dalam kekurangan dan ketidakcukupan. Bahkan nikmat yang dilimpahkan tersebut merupakan ujian Allah untuk melihat tahap kesyukuran hambaNya dan bagaimana untuk menaikkan tingkatan sedekah.

Pemberian sedekah yang melahirkan rasa bersyukur dan tidak mengundang perasaan riak dan takbur akan membuatkan seseorang merasa lebih rendah hati dan tidak sombong. Tetapi, bagi yang kurang rasa bersyukur akan mewujudkan kesombongan dalam hati.

Golongan ini memikirkan rezeki yang mereka kecapi adalah semata-mata kerana hasil usaha gigih mereka dan lupa kepada Allah yang memberikan rezeki tersebut. Perasaan ini akan memacu manusia terus berada dalam kebongkakan dan sukar untuk membantu mereka yang memerlukan. Mereka lupa bahawa kewajipan untuk memanfaatkan nikmat yang diperoleh dengan sebaiknya.

Ujian banjir besar yang menimpa rakyat Malaysia sebelum berakhirnya tahun 2014 dapat memanifestasikan semangat sedekah yang ada pada setiap individu. Secara zahirnya, bencana ini merupakan dugaan yang cukup hebat bagi mangsa-mangsa banjir tetapi ramai yang lupa bahawa ia juga adalah ujian bagi mereka yang tidak mengalaminya.

Apakah kita dapat membantu mereka yang mengalami musibah tersebut? Atau hanya sekadar meluahkan rasa kasihan yang tidak henti-henti? Disinilah juga kehidupan manusia teruji dengan ujian orang lain.

Sedekah tidak hanya berbentuk material semata-mata. Bantuan tenaga, sokongan moral dan psikologi juga adalah bentuk sedekah yang penting bagi mereka yang trauma dengan musibah tersebut untuk memulihkan semangat. Ramai yang berkorban harta, tenaga dan wang ringgit untuk membantu mereka yang amat memerlukan. Bukan sedikit bantuan yang mereka perlukan, malah keprihatinan sesama insan juga akan membuatkan hati sedikit terubat dengan hamparan ujian kehilangan akibat bencana tersebut.

Bantuan atau sedekah yang dihulurkan menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai sifat pemurah dan pengasih. Namun, masih ada segelintir masyarakat kita yang tidak tahu untuk membezakan sedekah yang terbaik atau sebaliknya.

Ada yang mengambil kesempatan menderma barangan dalam bentuk pakaian yang merupakan keperluan asas, tetapi menjadikan mereka sebagai tempat untuk melupuskan pakaian terpakai yang sudah lusuh, koyak dan tidak boleh dipakai.

Bersedekah hanya untuk mengurangkan barang-barang lama dan buruk yang dimiliki. Malah sifat ini akan menyusahkan lagi mangsa-mangsa untuk menyaring dan memilih pakaian yang mereka perlukan. Apakah sedekah seperti ini dapat memanisfestasikan sifat kehambaan dan kesyukuran?

Sikap ini seolah-olah mengulangi kembali sejarah yang berlaku kepada dua adik-beradik Habil dan Qabil yang akhirnya membawa kepada kisah pembunuhan pertama di dunia. Kisah ini dirakamkan dalam surah al-Maidah ayat 27 sehingga 30.

Sedekah bukan sekadar memberi tetapi disertakan dengan keikhlasan yang akan terzahir melalui perbuatan. Keikhlasan kerana Allah SWT adalah perkara utama dalam bersedekah. Ia melatih diri kita agar tidak terikat dengan rasa cinta dan rasa memiliki kepada harta benda tersebut.

Keredaan-Nya sebagai matlamat yang paling utama dan tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk adalah sedekah yang dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan tanpa mengharapkan balasan dan tidak memerlukan kepada pujian. Malah pemberian sedekah tersebut tidak perlu dihebahkan kecuali untuk menggalakkan orang lain turut sama bersedekah.

Sifat suka bersedekah merupakan kunci utama untuk ketenangan dan kebahagiaan hidup. Walau dalam keadaan susah mahupun senang, rasa kesyukuran sentiasa subur, terbit daripada sifat suka bersedekah. Ini kerana bersyukur kepada Pemberi Nikmat merupakan manifestasi sedekah yang disertakan dengan keikhlasan.